Friday, May 6, 2011

Mengapa saya menyertai ING Public Takaful Ehsan ...

Saya asalnya tidak mempunyai jawapan yang tepat.

Namun, saya tahu saya mempunyai satu energy yang menarik kuat saya ke sana. Saya yakin kata-kata arwah Ayahanda saya beberapa tahun yang lepas. Saya yakin di sana saya akan memenuhi hasrat saya yang tak mampu saya sediakan sepanjang hayat beliau.

Saya mahu kesedihan dan ketidakupayaan saya menyediakan perubatan yang terbaik pada beliau tidak akan berulang pada Ayahanda mereka yang lain. Saya mahu anak-anak menyedari akan hakikat ini. Hakikat di mana kita sebenarnya tidak bersedia memberikan protection yang cukup pada orang yang telah menghabiskan banyak usianya bersama kita tanpa sempat kita membalasnya dengan kos rawatan yang tak mampu kita tanggung.

Saya tidak mahu anda yang mempunyai ayahanda dan bonda mendapat rawatan seperti orang kebanyakan seperti saya dahulu !

Ayuh kita sediakan cadangan yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan pastinya orang-orang yang kita sayangi.

No comments:

Post a Comment