September 2010, Bank Negara Malaysia, sebagai badan yang bertanggungjawab meng-kawal dan meng-selia insurance dan takaful telah keluarkan 4 takaful licenses baru dari 8 takaful operators sedia ada di Malaysia.
GE Takaful adalah yang pertama dan diikuti oleh AIA AFG Takaful. Ke-3 adalah ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad (Takaful Ehsan) yang officially dilancar pada 5 April, 2011.
Takaful Ehsan juga adalah yang ke 11 dikalangan takaful operator di Malaysia. Kekuatan pada Takaful Ehsan adalah pada shareholders-nya yang terdiri dari 2 nama besar iaitu ING dan Public Bank. Keduanya-duanya adalah leading players dalam life insurance dan financial institutions.
Maka pastinya Takaful Ehsan akan memanfaatkan kekuatan shareholders dari aspek agency dan bancatakaful sebagai main distribution channels. Dan yang pastinya, Takaful Ehsan akan semaksimumnya memanfaatkan perkhidmatan kesihatan sebagaimana umum mengetahui bahawa ING adalah penyedia perkhidmatan kesihatan no. 1 di Malaysia.
Takaful Ehsan juga diinspirasikan sebagai pembekal perkhidmatan pada "low cost" melalui strategi "lean and mean" dalam memaksimumkan kos pengurusan dan tenaga kerja. Ianya dapat dilaksanakan melalui perkongsian perkhidmatan dan kepakaran yang tesedia di ING meliputi kepakaran IT, Underwriting, Call Center, Risk Management, Investment, dan aspek critical yang lain. Dengan tersedianya jalinan perkongsian bijak ini, Takaful Ehsan pastinya memaksimumkan sumber dan market penetration dengan back-end disokong kukuh oleh tenaga kerja ING yang berpengalaman dan terlatih. Oleh itu, masa untuk membangunkan sistem dan operasi dapat dikurangkan. Templates dan modules telah tersedia untuk proses pengubah dan pengsuaian bagi memenuhi kehendak Takaful Ehsan.
Takaful Ehsan juga memastikan keupayaannya dari segi kos bisnes yang minimum dari hari pertama pembentukannya. Iltizam yang tinggi dalam mencapai sumbangan penyertaan Takaful berjumlah RM31 juta pada tahun pertama dan meningkat dengan signifikan untuk 5 tahun yang akan datang melebihi paras 50% setahun peningkatan tahunan. Ini menjadi penanda aras yang baik dan ianya mampu dicapai oleh Takaful Ehsan. Pastinya dalam masa 5-10 tahun akan datang, Takaful Ehsan akan muncul sebagai market leader.
Antara strategi signifikan Takaful Ehsan yang lain adalah ke arah Global Market Penetration selepas 3 tahun operasi. INi adalah selaras dengan usaha dan aspirasi kerajaan menggalakkan Takaful operator tempatan meletakkan diri dalam pasaran dunia. Takaful Ehsan akan menggunakan akses menyeluruh multinational shareholder, ING, di mana beberapa pasaran dunia seperti middle east,hong kong, India, dll.
p.s Shahril Hisham mempunyai kepakaran dalam menganalisa keperluan dan kehendak peserta Takaful terhadap keperluan mimiliki Kad Perubatan/Medical Card. Beliau percaya, pengalamannya yang lalu merupakan batu loncatan yang berharga buat beliau di Takaful Ehsan. Langkah ini bermula di sini.

No comments:
Post a Comment